Salam Satu Malaysia

Posted by nasry


Assalammualaikum..dan Salam Satu Malaysia.terimakasih kerana malawati blog ini. Saya sdg cuba-cuba. semuga dapat mengeratkan ukhwah antara kita. Kepada rakan-rakan maya, semuga semuanya sihat dan ceria dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Sentiasa bersemangat dan bertindak secara rasional dan tidak terlalu mengikut emosi yang membelakangi cara berfikir yang waras. Kini kita sering disogokkan dengan berita yang menyayat hati lantaran tragedi berpunca dari emosi tidak terkawal seperti penderaan, perceraian, pembunuhan, pembuangan bayi dan sebagainya...kadang-kadang sogokan berita sebegini turut meruntun emosi kita dan kita turut stress dibuatnya...Tapi sama-samalah kita kawal emosi dan gunakan pemikiran yang waras berpandukan kepada pegangan agama yang kita anuti...