Anak itu aset Dunia & Akhirat

Posted by nasry

Jika anak sentiasa dikecam, ia akan menjadi seorang yang suka
Mengacau
Jika anak sentiasa diseterui, ia akan menjadi seorang yang suka
Berkelahi
Jika anak sentiasa diberi malu, ia akan menjadi seorang yang
Sentiasa bersalah
Jika anak sentiasa diberi peluang, ia akan menjadi seorang yang
Penyabar
Jika anak sentiasa menerima galakan, ia akan menjadi seorang
Yang mempunyai keyakinan
Jika anak sentiasa ditaburi dengan puji-pujian, ia akan menjadi
Seorang yang tahu menghargai
Jika anak sentiasa dilayan dengan saksama, ia akan menjadi
Seorang yang bersikap adil
Jika anak sentiasa diberi pengiktirafan, ia akan menjadi seorang
Yang menyukai dirinya dan orang lain
Jika anak sentiasa didampingi dan diterima, ia akan menjadikan
Dunia ini tempat yang paling selesa,tenang dan bahagia.

Posted by nasry Labels:


Posted by nasry


Posted by nasry

Saya adalah orang biasa-biasa seperti orang kebanyakan juga. Kadang-kadang saya kelihatan LUARBIASA, itu hanya kerana saya "berfikiran seperti orang luarbiasa".Kenapa saya terpaksa berfikiran seperti itu..? Kerana.. Dengan berFIKIRAN yang luarbiasa, saya akan mengeluarkan KATA-KATA yang luarbaisa, dengan berkata-kata yang luarbiasa, ianya menjuruskan kepada TINDAKAN yang Luarbiasa.. Dengan tindakan-tindakan yang luarbiasa, ia akan menjadi HABIT atau TABIAT-TABIAT yang luar biasa kepada saya. Dengan mempunyai HABIT yang luarbiasa positif, ianya akan mengubah CHARACTER diri saya menjadi seorang yang ber CHARACTER LUARBIASA. Character ini lah yang akan menentukan PENDAPATAN dan KEJAYAAN saya HARI INI. Pendapatan yang LUARBIASA... "ExtraOrdinary Income"..Kenapa saya terpaksa berpendapatan luarbiasa ? Itu adalah kerana ia adalah tugas saya. I have to do. Sebab itu adalah tugas saya.!!!! My task is to succeed.Saya juga boleh mengubah NASIB saya y hari ini, denga hanya mengubah "karakter" diri saya. Karakter diri saya boleh terubah dengan hanya saya mengubah TABIAT hidup saya. Tabiat juga boleh berubah dengan hanya mengubah TINDAKAN-TINDAKAN harian dalam hidup saya. Tindakan harian saya boleh terubah dengan mengubah KATA-KATA dari mulut saya. Kata-kata dari mulut saya boleh terubah dengan mengubah cara saya BERFIKIR.sO... Segala-galanya bermula dari fikiran anda......Anda adakah apa yang ada di dalam kotak fikiran anda.Kaya atau miskin anda adalah berada di dalam OTAK anda..Bermulalah dengan berfikiran POSITIF...............>>> akan menjadikan anda lebih kaya dan BERJAYA.. INSYAALLAH

Perjuangan Yang Belum Selesai....

Posted by nasry

Sejak lebih 14 tahun yang lalu saya ditugaskan sebagai urusetia Program Usahawan Muda peringkat negeri Pahang. Program ini merupakan program yang dilaksanakan dibawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian berpindah kepada Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1996 dan kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Biarpun berpindah pelbagai Kementerian, matlamatnya tetap sama iaitu menerapkan minat dan budaya keusahawanan serta kesedaran kepada generasi muda ke arah menjadikan keusahawanan dan perniagaan sebagai kerjaya pilihan yang teratas. Melalui program ini saya juga menjadi tenaga pengajar dalam pelbagai aktiviti latihan pembudayaan yang disusun setiap tahun. Jelas sekali program ini mendapat sambutan yang positif bukan sahaja daripada pelajar sekolah menengah (peserta) tetapi sokongan padu dari pihak pengetua, guru pengelola dan Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Agama Islam negeri dan beberapa agensi sokongan yang lain.

Saya yakin program ini mampu memberi impak jangka panjang kepada generasi muda khususnya impak terhadap cara berfikir yang lebih kreatif, innovatif atau dengan kata lain berminda keusahawanan. Pendekatan ini turut membantu kepada kecemerlangan akademik para peserta. Berdasarkan pencapaian pada peperiksaan SPM, dilihat para peserta PUM khususnya mereka yang menerajui syarikat sebagai ahli Lembaga pengarah Syarikat Usahawan Muda adalah antara pelajar Top Ten di sekolah berkenaan.

Dalam siri pembudayaan ini, peserta didorong membetulkan hala tuju atau bagaimana matlamat jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang mereka dapat dicapai. Pembetulan cita-cita ini dibuat melalui kefahaman, kesedaran dan keimanan para peserta sendiri terhadap hadis Rasulullah yang bermaksud 'sembilan per sepuloh dari punca rezeki itu datangnya dari perniagaan'. Hadis sahih riwayat Al Bukhari ini mendorong peserta untuk membetulkan cita-cita mereka, contohnya mereka bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar, maka cita-cita mereka bukan setakat menjadi doktor pakar yang hanya bekerja dengan klinik, atau hospital milik kerajaan atau milikan orang lain, tetapi mereka wajar meletakkan cita-cita untuk membuka hospital pakar milik sendiri atau sekurang-kurangnya rangkaian klinik yang diuruskan oleh mereka sendiri. Inilah usahawan profesional yang hendak kita lahirkan, yang meletakkan perniagaan sebagai cita-cita tertinggi. Memperbetulkan cita-cita yang diupgredkan selari dengan hadis 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan itu sebenarnya memahamkan lagi peserta berkenaan profesion keusahawanan itu sendiri. Profesion keusahawanan amat luas, seluas rezeki yang diturunkan oleh Allah. Masih banyak ruang dan peluang untuk dicipta, direka, ditambahbaik dan dikomersialkan untuk umah kini dan akan datang. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan dan dijadikan wadah perjuangan dalam menegakkan ekonomi anak watan agar lebih terbela..Inilah perjuangan yang belum selesai dan tak mungkin selesai untuk diteruskan demi agama, bangsa dan negara. Perniagaan satu-satunya pekerjaan / kerjaya yang boleh diwarisi ke anak cucu...'Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak cucu kamu. Sesungguhnya ia adalah lebih baik daripada anak cucu kamu meminta-minta daripada orang lain selepas kamu mati' - Hadis.