Contoh format RP

Posted by nasry

Persembahan Rancangan Perniagaan
1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
- Nama perniagaan/projek- Nama syarikat- Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan
3. Surat-surat iringanKandungan Rancangan Perniagaan
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pengenalan ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.
Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu melebihi separuh muka surat denagn maklumat-maklumat berikut.
i. Jenis perniagaan yang diceburiii. Nama dan lokasi/alamat perniagaaniii. Tarikh perniagaan akan beroperasiiv. Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini.
Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagan
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik samaada Rancanag Perniagaan ini disediakan untuk:
i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.ii. Merancang perlaksanaan projekiii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaaniv. Lain-lain
Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:
i. Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jiak tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
ii. Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
iv. Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan Modal dibenarkan dan Modal Dobyar perniagaan.
v. BankNyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permhonan pembiayaan pinjaman.
Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
i. Nama penuhii. No. kad pengenalaniii. Tarikh lahiriv. Umurv. Alamat Tetapvi. No telefonvii. Taraf perkahwinanviii. Kelulusan akedamikix. Kursus yang pernah dihadirix. Kemahiranxi. Pengalamanxii. Pekerjaan sekarangxiii. Perniagaan yang pernah diceburi.
Bahagian 5 - Rancangan Pentadbiran
i. Pengenalan Organisasia. Alamat penuh Perniagaanb. Pelan lokasi kedudukan
ii. Carta Organisasiiii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerjaiv. Spesifikasi Tugasv. Imbuhan Balas jasa/ gajivi. Keperluan Pejabatvii. Perbelanjaan Pentadburana. Perbelanjaan assetb. Perbelanjaan bulananc. Lain-lain perbelanjaan
Bahagian 6 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
2. Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenal pasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran di kawasan berkenaan.
3. Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan pernaigaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
4. Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
5. Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
7. Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
8. Strategi Pemasaran
i. Strategi BaranganReka bentuk barangan atau penjelasan pekejCorak pembungkusan dan jenama berkaitan
ii. Strategi PromosiBentuk Promosi yang dicadangkan
iii. Strategi hargaHarga seunit yang dicadangkan.
iv. Strategi edaranCorak pengedaran yang dicadangkan.Kenderaan atau kaitangan pemasaran.
Bahagian 7- Rancangan Operasi
1. Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan berkenaan.Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
3. Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belain dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
4. Tenga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Natakan status pekerja berkenaan.
5. Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
6. Susun atur Ruang Operasi
Nyatkan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik susun atur tersebut.
7. Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan samada sewaan atau belian.
8. Overhed operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
9. Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 8 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan:i. Aliran wang tunaiii. Penyata pendapataniii. Kunci kira-kiraiv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
3. Kos pelaksanaan Projeki. Pelaburan asset tetapTermasuk semua asset yng dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatkan harga asset-aset ini. Termasuk juga kos ubahsuai.
ii. Modal PusinganMerangkumi perbelanjaan pentadbiran , pemsaran dan operasi
iii. Lain-lain perbelanjaanSeperti deposit sewaan dan utility serta belanja permulaan (bayaran pendaftaran perniagaan, lessen dn sebagainya)
4. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuktunai atau asset. Nyatakan nilai asset jika sumbangan adalah asset.
ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii. Sewabeli merangkumi pembiayaan asset teap perniagaan (mesin operasi peralatan dan kenderaan)
5. Proforma penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
6. Proforma Penyata Pendapatan
Proforma penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan proforma penyata aliran wang tunai.
7. Proforma Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan proforma penyata pendapatan.
8. Analisis Daya Maju KewanganDari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara petunjuk-petunjuk dayamaju kewangan yang kerap digunakan ialah:
1. Nilai kini bersih2. Kadar Pulangan dalaman3. Nisbah faedah kos4. Tempoh pulang modal
Nilai kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang di diskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.
Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.
Nisbah Faedah Kos
Ini merupakan petunjuk keberuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang di biayai apda tahun permulaan projek.Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Dokumen-dokumen sokongan
1. Surat sebutharga2. Sijil kursus3. Surat sokongan pihak tertentu4. Surat dapat tender5. Sijil pendaftaran syarikat6. Salinan permit/lessen7. Surat-surat kepujian8. Bukti modal sendiri9. Salinan Cagaran
Contoh Jadual jawatan dan bilagan pekerja.
Bil
Jawatan
Bil pekerja
1
Pengurus
1
2
Kerani kewangan
2
3
Pekerja Ladang
4
Contoh jadual Spesifikasi Tugas
Jawatan
Tanggungjawab
Pengurus
Mengkoordinasi bahagian /fungsi danalam perniagaan.
Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan
1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.
Imbuhan Balas Jasa atau gaji
Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Pengurus
1
3500.00
350.00
150.00
3900.00
Kerani
2
750.00
75.00
50.00
875.00
Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat
JENIS
BILANGAN
Jumlah RM
1.Perabut Pejabat
1 set
1000.00
2. Komputer
2 unit
5000.00
Perbelanjaan Pentadbiran
Butir
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat
1000.00
2. Komputer
5000.00
3.Gaji dan caruman
4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja
2500.00
Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Ramalan
Jualan
Jadual Perbelanjaan Pemasaran
Butir
Perbelanjaan harta (RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)
40000.00
2. Promosi
100.00
3. Insuran dn cukai jalan
500.00
Jadual Keperluan Bahan Mentah
Jenis Bahan
Kuantiti Digunakan
Stok simpanan
Harga seunit
Jumlah belian
1. Jagung
100 kg
100 kg
0.40
80.00
Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Penyelia
2
3000.00
300.00
150.00
3450.00
Pekerja
4
2400.00
240.00
100.00
2740.00
Jadual mesin dan peralatan
Jenis
Harga
Bilangan
Jumlah Harga
1. Chopper
5000.00
1
5000.00
2. Otomatik drinker
12000.00
1
12000.00
Perbelanjaan Operasi
Jadual Perbelanjaan Operasi
Butir
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper
5000.00
2.otomatik drinker
12000.00
3.Gaji dan caruman
6190.00
4.
Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan harta- (Pelaburan Aset Tetap ) ———————-
2. Perbelanjaan Bulanan- (modal pusingan) ———————–
3. Lain-lain perbelanjaan— ——————-4. Belanja Luar Jangka
Jumlah Kos Projek
Sumber Pembiayaan Projek1. Modal sendiri2. Pinjaman3. Sewa beli4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)
Jumlah sumber Pembiayaan
Analisis Daya Kewangan.
Nilai kini bersih:
Untuk mengira Nilai kini bersih.
Contohya:
Alir tunai masuk adalah seperti berikut:
Tahun df* Nilai kini
0 Modal -40,000 1.000 -40,0001 20,000 0.9091 18,1822 18,000 0.8265 14,8773 16,000 0.7513 12,0214 13,000 0.6830 102455 19,000 0.6209 11,797
NKB pada 10% 27,122

0 comments:

Post a Comment